loading...
Neelofa Kongsi Petua Kulit Cantik Semula Jadi
Walaupun drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’ sudah melabuhkan tirainya semalam, namun penonton setia drama tersebut masih belum move on lagi.
Memang ramai yang terpesona dengan kecantikan heroin drama tersebut, Noor Neelofa Mohd Nor.
Baru-baru ini, Neelofa kongsikan petua penjagaan kulit yang diamalkan supaya sentiasa kelihatan cantik, untuk peminatnya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Neelofa memuat naik foto bahan-bahan yang digunakan untuk mengekalkan keremajaan kulit dari dalam serta menerangkan tentang cara-cara menyediakan jus yang diamalkan.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah separuh batang timun, setengah biji ubi bit atau beetroot dan sedikit buah beri serta sayuran mengikut kesukaan masing-masing
Semua bahan itu dijadikan jus kemudian diminum setiap pagi.
Memang senang je kan dan tak perlu berbelanja mahal. Korang try la dekat rumah, mana tahu bangun esok pagi terus jadi ‘Warda’.
loading...
0 Response to "Neelofa Bongkar Rahsia TERBESAR "
Post a Comment