100 gerai musnah

loading...

Ipoh: Peniaga di Downtown Meru Raya yang terjejas selepas khemah mereka musnah diterbangkan ribut, lewat petang kelmarin, terpaksa meneruskan perniagaan mereka dengan menggunakan payung dan khemah sendiri untuk sementara waktu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, sebanyak 100 gerai peniaga musnah apabila khemah mereka diterbangkan ribut termasuk ada yang tercampak 100 meter hingga mengakibatkan kerugian lebih RM50,000.
Pengurus Downtown Meru Raya Julaihi Seman berkata, susulan daripada bencana yang berlaku itu, pihaknya sudah berbincang dengan pemilik tapak perniagaan berkenaan iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk tindakan lanjut bagi membantu peniaga yang terjejas.
“Downtown Meru Raya baru mula beroperasi pada 17 Mac lalu di bawah kendalian Koperasi 69 Komando dan disertai 100 peniaga Bumiputera membabitkan pelbagai barangan jualan.
“Saya sudah berbincang dengan PKNP untuk tindakan lanjut dalam melaksanakan langkah terbaik bagi mengelak bencana sama berulang dan bermula hari ini (semalam), peniaga terpaksa beroperasi menggunakan payung atau khemah sendiri dulu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, pihak pengurusan juga akan cuba membaiki mana-mana khemah yang masih boleh digunakan sebelum mendapatkan khemah baru secepat mungkin yang dijangka mengambil masa 10 hari.
Menceritakan bencana yang menimpa itu, Julaihi berkata, ketika kejadian terdapat 11 petugas daripada pihak pengurusan sedang memasang kabel elektrik untuk lampu di semua khemah peniaga dan ketika itu hujan.
“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana petugas dapat menyelamatkan diri, manakala beberapa peniaga baru sampai dan kebiasaannya mereka mula berniaga pada jam 7.30 malam,” katanya.
loading...

0 Response to "100 gerai musnah"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close