Sedang Isi Minyak Bersama Anak2.Tiba2 Perompak Datang Nak Rompak Kereta. Tindakan IBU Ini Selamatkan Anak2 Sungguh MENGAGUMKAN !!!

loading...
Sedang Isi Minyak Bersama Anak2.Tiba2 Perompak Datang Nak Rompak Kereta. Tindakan IBU Ini Selamatkan Anak2 Sungguh MENGAGUMKAN !!!| Angie Padron sedang mengisi minyak seperti kebiasaan di sebuah stesen minyak yang terletak di daerah Hialeah, Florida. Namun apa yang terjadi kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi sepanjang hidup Angie dan mungkin akan menjadi peristiwa yang tidak boleh dilupakannya.
Melalui rakaman CCTV, ketika sedang mengisi minyak, dua lelaki bersenjata meluru ke kenderaan milik Angie. Seorang daripadanya telah masuk ke tempat duduk pemandu dan seorang lagi penjenayah sedang dalam cubaan untuk memecahkan tingkap kereta.
Melihat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, Angie menjerit kepada kedua-dua lelaki tersebut dan meminta mereka berhenti melakukan perkara tersebut namun tidak diendahkan. Apa yang meningkatkan lagi kerisauan Angie adalah, anak-anaknya turut berada di dalam kereta tersebut.
Bertindak atas dasar untuk menyelamatkan anaknya, Angie masuk ke bahagian pemandu untuk menghentikan keretanya daripada dicuri dan hilang bersama-sama dengan anaknya. Dia menarik topeng penjenayah tersebut sehingga terjatuh daripada kereta, kedua-dua penjenayah kemudian memutuskan untuk membatalkan rancangan mereka dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut Angie, dia langsung tidak berfikir tentang kemungkinan penjenayah-penjenayah tersebut membawa senjata atau apa yang mereka akan lakukan kepadanya. Dia hanya mahu anak-anaknya selamat dan tidak dilarikan. Lihat video insiden berkenaan dan kongsikan pendapat anda.
loading...

0 Response to "Sedang Isi Minyak Bersama Anak2.Tiba2 Perompak Datang Nak Rompak Kereta. Tindakan IBU Ini Selamatkan Anak2 Sungguh MENGAGUMKAN !!!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close