Ekoran 'Air sprek, Abang Nok Bang' Jadi Viral, Inilah Yang Terjadi Kepada Gadis Marrybrown!

loading...

Ekoran 'Air sprek, Abang Nok Bang' Jadi Viral, Inilah Yang Terjadi Kepada Gadis Marrybrown!

Sebelum ini viral perbualan seorang petugas kaunter sebuah restoran makanan segera di Paka, Dungun dengan pelanggannya cetus perhatian netizen kerana loghat pekat Terengganu. 
Perbualan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook atas nama akaun Reez Rizqy kerana tertarik dengan cara layanan petugas kaunter tersebut walaupaun ada sesetengah perkataan yang tidak difahaminya. 
Menurut Mohd Nur Rizqy yang bekerja di Kerteh, dia memuat naik status berkenaan pada 30 Julai lalu selepas kali pertama mengunjungi restoran berkenaan.
Katanya, dia ke restoran berkenaan kira-kira jam 4 petang sambil menunggu isterinya yang ke sebuah salon terletak berhampiran dengannya.
"Sebagai orang luar, ia amat mencuitkan hati saya kerana ada beberapa patah perkataan yang tidak berapa difahami. Apa yang buat saya kagum apabila Najihah berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya," katanya.
Najihah Hassan, 20 yang merupakan petugas kaunter ketika itu tidak menyangka ada pihak yang menyebarkan loghat Terengganunya itu ketika mengambil pesanan pelanggan.
Katanya, dia tidak berkecil hati tetapi malu apabila ada rakan dan pelanggan yang ke restoran itu bertanyakan mengenainya.
"Saya bangga apabila diberitahu pihak syarikat akan beri sijil penghargaan di atas komitmen yang diberikan tetapi apa yang saya lakukan kerana sudah menjadi tugas sebagai seorang pekerja.
Najihah akan dianugerahkan sijil penghargaan kerana menjalankan tugas dengan baik.
Berikut perbualan Najihah dengan pelanggannya yang menjadi viral baru-baru ini. 

 

loading...

0 Response to "Ekoran 'Air sprek, Abang Nok Bang' Jadi Viral, Inilah Yang Terjadi Kepada Gadis Marrybrown!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close