Wanita Solat Dalam Kokpit Pesawat Buat Ramai Rasa Kagum

loading...
Dalam menjalani ibadah sebagai umat Islam, kekangan ruang dan waktu bukanlah alasan untuk mengelak. Begitulah ceritanya buat seorang pembantu juruterbang Garuda yang khusyuk menunaikan solat di dalam kokpit pesawat.

Gambar swafoto itu dimuatnaik sendiri oleh juruterbang pesawat syarikat penerbangan Indonesia itu, Kapten Jaka Pituana menerusi akaun Instagramnya dan menjadi tular di media sosial.
Memaparkan pembantu juruterbang, Sarah Widyanti Kusuma yang ayu mengenakan kain telekung sedang menunaikan solat di dalam kokpit pesawat Airbus 330.
Memetik Detik News, Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny S Butarbutar berkata sudah menjadi kebiasaan bagi Sarah menunaikan solat di dalam pesawat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Perkongsian itu mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata kagum dan memuji kesungguhan wanita terbabit dalam usaha menjadi Muslimah solehah.
“MasyaAllah, luar biasa. selalu tunduk kepada Allah SWT,” komen netizen.
P/S: Kagum dengan sikap wanita ini. Dalam melaksanakan urusan dunia, dia tidak lupa tanggungjawabnya pada yang Esa. Sila kongsikan.
loading...

0 Response to "Wanita Solat Dalam Kokpit Pesawat Buat Ramai Rasa Kagum"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close