loading...
Demi Cinta, Lelaki Ni Sanggup Kahwini Teman Wanita Tak Ada Hidung
Mar 20, 2017
Cinta tak mengenal paras rupa. Betul. Tapi percaya tak dari paras rupa lah kita tertarik nak kenal dengan seseorang. Tapi pasangan ni buktikan cinta sejati itu wujud.
Seorang pemuda berusia 23 tahun buktikan dia tetap setia dengan kekasihnya walaupun kekasihnya sudah tidak lagi mempunyai hidung! Xu Qinqin sanggup mengahwini Lin Zhouqiang, 21 yang hilang hidungnya selepas digigit tikus ketika usianya 29 hari.
“Setiap kali kami bergaduh, bekas suami dan keluarganya menyatakan saya menakutkan dan menghalau saya,” kata Lin yang sebelum ini pernah berkahwin tetapi bercerai dua tahun kemudian.
Lin mula mengenali suaminya sekarang kerana tinggal di kampung yang sama.
“Ia mungkin takdir. Sejak mengenalinya saya dapat merasakan bagaimana sukarnya hidup dia jadi saya memutuskan untuk mengahwininya,” kata Xu.
Xu sedih menerima apa saja tohmahan dan kecaman apabila berkahwin dengan teman wanitanya kerana dia lah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
loading...
0 Response to "ADA APA DENGAN CINTA???Lelaki Ni Sanggup Kahwini Teman Wanita Tiada Hidung!"
Post a Comment