Baru Berusia 9 Tahun Dah Pandai Racun Kawan Sekelas

loading...
Mengejutkan, seorang budak lelaki berusia 9 tahun tergamak membalas dendam terhadap seorang rakan sekelasnya, dengan meracunnya melalui minuman.
Kejadian di Jurong, Singapura itu menyaksikan budak lelaki tersebut memasukkan sabun pencuci tangan Dettol ke dalam air minuman si mangsa menyebabkan mangsa jatuh sakit, demam serta muntah-muntah selepas meneguk minuman tersebut.
Memuat laporan Stomp!, budak lelaki tersebut kononnya ingin memenangi hati dan membantu membalas dendam seorang budak perempuan yang lain, lalu sanggup melalukan perlakuan tersebut terhadap mangsa yang merupakan rakan sekelasnya.
Bagaimanapun, budak lelaki itu telah melawat mangsa sambil ditemani ibunya yang berusia 27 tahun, lapor The Straits Times.
Ramai di kalangan netizen yang sukar menerima keadaan tersebut kerana dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun.

“Hari ini dia masukkan sabun Dettol, bagaimana pula dengan masa akan datang?”
“Semua bercakap tentang budak lelaki itu, sedangkan ‘mastermind’ adalah budak perempuan yang menyuruh dia membalas dendam.”
Kejadian seperti ini memang menakutkan kerana melibatkan nyawa. Kepada ibu bapa, lakukan sesuatu agar anak-anak tidak mudah terpedaya dengan sifat negatif dan lebih teruk, terlibat dalam jenayah pada usia yang sangat muda.
loading...

0 Response to "Baru Berusia 9 Tahun Dah Pandai Racun Kawan Sekelas"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close