10 Tips Atasi Masalah Berdengkur

loading...

10 Tips Atasi Masalah Berdengkur

Berdengkur ialah bunyi nafas yang kuat oleh seseorang ketika tidur akibat sebahagian daripada saluran pernafasannya tersumbat. Akibat berdengkur, seseorang akan berasa letih kerana tidak mendapat tidur yang berkualiti yang mencukupi, dan seterusnya ia akan menganggu aktiviti harian individu tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang berdengkur. Antaranya ialah alahan atau habuk, tulang hidung bengkok, masalah tisu berlebihan di anak tekak, obesiti, pengambilan alcohol, kesan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan tertidur, posisi tidur secara terlentang dan tonsil bengkak. Tips atasi masalah berdengkur ialah :

(1) Jangan lakukan pekerjaan terlalu berat.
(2) Bersihkan saluran pernafasan, terutamanya rongga hidung dan mulut sebelum tidur.
(3) Tidak merokok dan mengambil alcohol serta elakkan makanan berlemak, kerana ia akan menyebabkan jus gastrik daripada perut naik ke saluran pernafasan.
(4) Kurangkan berat badan.
(5) Tidur dengan posisi dan memastikan kepala lebih tinggi. Alas kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan.
(6) Pastikan tidak mengalami selsema, hidung tersumbat atau sebagainya.
(7) Mandi menggunakan air suam
(8) Tambahan air ke dalam air mandian kerana ia antara cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
(9) Tukar bantal. Alergi dan debu pada bantal adalah sebahagian daripada punca berdengkur.
(10) Minum banyak air. Ini kerana seseorang mungkin mengalami dehidrasi ketika sedang tidur.

 

loading...

0 Response to "10 Tips Atasi Masalah Berdengkur"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close