PANASSS!!! SHILA AMZAH di raha bayar SAMAN RM20,000!

loading...
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, menolak kes saman fitnah dikemukakan penyanyi Shila Amzah terhadap wartawan hiburan Kosmo dan dua lagi berhubung dakwaan konsertnya ditaja sebuah syarikat perjudian dan memerintahkannya membayar kos RM20,000.
Dalam keputusan yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Erry Shariman Noor Aripin, mahkamah mendapati pihak defendan iaitu Maliah Surip, pengarang akhbar itu dan penerbit Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berjaya dalam pembelaan mereka.
Hakim Datuk Rosnaini Saub berpuas hati bahawa artikel itu berada di bawah komen berpatutan dan perlindungan bersyarat.
Beliau juga memutuskan bahawa Shila Amzah sebagai figura terkenal perlu terbuka dalam menerima kritikan.
Bagaimanapun, mahkamah juga memutuskan bahawa satu daripada tiga artikel yang dipertikaikan mempunyai elemen fitnah.
Nurshahila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah dan syarikatnya Shila Amzah Entertainment Berhad selaku plaintif memfailkan saman itu pada 16 Januari 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 7:21 PM
loading...

0 Response to "PANASSS!!! SHILA AMZAH di raha bayar SAMAN RM20,000!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close