Kerana Terlalu Cemerlang, Rakyat Brazil Mahu Jurulatih Mereka Jadi Presiden Negara

loading...
Skuad Brazil cukup cemerlang ketika proses peringkat kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Amerika Selatan.
Dari 9 perlawanan, mereka tidak pernah tewas atau pun seri.
Malah lebih menakjubkan apabila pasukan Brazil kendalian jurulatih baharu mereka iaitu Tite telah pun menempah tiket ke Piala Dunia 2018 sebagai negara pertama yang layak.
Prestasi cemerlang yang dibawa oleh Tite ternyata memberikan kegembiraan buat Brazil yang sebelum ini menghadapi kekecewaan dalam siri Piala Dunia dan juga Copa America.

Tak kisah jadi presiden
Sebuah badan bukan kerjaan di Brazil telah melakukan satu tinjauan umum dengan menjadikan pengundi berdaftar di Brazil sebagai koresponden mereka.
Mereka yang dikenali sebagai Paraná Pesquisas telah melakukan satu tinjauan dengan soalan bertajuk, “siapakah yang patut menjadi presiden bagi negara Brazil?”
Di dalam tinjauan tersebut mereka meletakkan nama-nama ahli politik yang bertanding untuk menjadi Presiden Brazil seperti Marina Silva, Jair Bolsonaro, dan João Doria.
Tetapi tinjauan itu lebih menarik apabila pihak Paraná Pesquisas meletakkan nama jurulatih pasukan kebangsaan Brazil iaitu Tite di dalam kelompok calon Presiden Brazil.
Mahukah rakyat Brazil jadikan jurulatih skuad kebangsaan mereka sebagai presiden mereka?
Jawapannya adalah ya! Hasil dari tinjauan tersebut, 15% daripada koresponden tinjauan tersebut mahukan Tite menjadi presiden bagi negara Brazil.

Hal ini kerana mereka tidak mahu individu yang terikat dengan mana-mana ideologi politik menjadi ketua negara mereka.
Inilah penangan negara yang menjadikan bola sepak bukan sahaja budaya, malah dianggap seperti ‘agama’ bagi rakyatnya.
Jika anda pula bagaimana? Mahukah anda melihat negara kita mempunyai Perdana Menteri yang berlatarbelakangkan sukan?


loading...

0 Response to "Kerana Terlalu Cemerlang, Rakyat Brazil Mahu Jurulatih Mereka Jadi Presiden Negara"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close