2 Penyamun ROGOL Mangsa SELANG 5 Minit, Inilah Yang Terjadi Sebenarnya!

loading...

Dua Penyamun Ro9ol Mangsa Selang 5 Minit, Inilah Yang Terjadi Sebenarnya!

KOTA BHARU: Dua orang lelaki yang berusia 17 tahun telah dihadapkan di mahkamah majistret atas tuduhan melakukan rompakan serta mero9ol mangsa selang lima minit setiap seorang. 
Mereka telah didakwa bersama dua orang lagi yang ditangkap untuk disoal siasat serta bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang mangsa di Bachok pada jam 4 pagi, 15 Julai lalu.
Mereka dituduh mengambil sebuah komputer riba jenama Acer, dua buah telefon bimbit jenama Samsung dan Apple, seunit pemain DVD serta dua beg sandang kecil dan wang tunai yang dianggarkan RM2,000.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, masing-masing didakwa secara berasingan mero9ol mangsa di tempat dan tarikh yang sama, seorang pada jam 4.50 pagi dan seorang lagi didakwa melakukan ro9ol itu pada jam 4.55 pagi.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan@Jaohari.
Sebelum ini, Mohamad Firdaous mencadangkan supaya kedua tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk pertuduhan mero9ol dan RM6,000 bagi pertuduhan merompak.
Mohd Isa kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 seorang. Kes disebut semula pada 20 September depan di Mahkamah Majistret, Bachok.
Namun sehingga petang semalam, kedua-dua tertuduh yang tidak bersekolah itu gagal menjelaskan jumlah ikat jamin berkenaan.

 

loading...

0 Response to "2 Penyamun ROGOL Mangsa SELANG 5 Minit, Inilah Yang Terjadi Sebenarnya!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close