Guna iPad Sejak 2014, TKC Terima Pengiktifaran Apple

loading...
TKC

NILAI: Menggunakan iPad sebagai alat bantuan pembelajaran sejak 2014, melayakkan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menerima pengiktirafan 'Apple Distinguished School' daripada syarikat Apple, baru-baru ini.

Pengetua TKC, Anismah M Noh, berkata selain guru, 700 pelajar Tingkatan 1 sehingga 5 kolej itu menggunakan sepenuhnya iPad sebagai inisiatif menambah pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP).

Katanya, peranti itu juga membolehkan pelajar lebih berdikari kerana mampu belajar sendiri di mana-mana sahaja di kawasan sekolah menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran yang disediakan.
"Pengiktirafan ini membuktikan semua warga kolej mampu bekerjasama dan menyambut baik pembelajaran abad ke-21 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan," katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan TKC di Bandar Enstek, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

TKC

Anismah berkata, sebelum menerima pengiktirafan itu, wakil syarikat Apple Malaysia datang ke kolej serta beberapa sekolah lain di negara ini dan merakam cara penggunaan iPad oleh guru dan pelajar.

Katanya, rakaman itu dihantar ke Apple Amerika Syarikat, yang kemudiannya menganugerahkan pengiktirafan itu kepada TKC.
loading...

0 Response to "Guna iPad Sejak 2014, TKC Terima Pengiktifaran Apple"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close