loading...
Potong kemaluan suami, dendam batin selama 10 tahun terbela!
NEW DELHI, INDIA - Keengganan seorang lelaki memberikan nafkah batin
kepada isteri lebih 10 tahun mengundang padah apabila wanita itu
memotong kemaluannya.
Rita Yadav, 28, didakwa menyerang suaminya, Ved Prakash, 31, di kediaman
mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, utara India dalam kejadian Khamis
lalu.
Rita mendakwa suaminya enggan mengadakan hubungan seks sepanjang 10
daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan dia percaya Prakash mempunyai
kekasih lain.
"Dia pernah berkata yang dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari.
Dia kata dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan
dengan wanita lain.
"Saya terdesak untuk mempunyai anak. Saya juga terpaksa merayu agar dia
mengadakan hubungan seks dengan saya tetapi dia enggan berbuat
demikian.
"Sebaliknya dia tanpa berselindung berkata dia akan melakukannya dengan
wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi," kata Rita.
Had kesabaran Rita mencapai kemuncak dan akhirnya bertindak meluahkan
rasa marahnya pada Khamis lalu apabila Prakash, yang bekerja sebagai
pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke bilik mandi.
Rita kemudian memukul kepala suaminya dengan penggiling batu menyebabkan
mangsa terjatuh tak sedarkan diri dan Rita mengambil pisau dapur untuk
memotong kemaluan lelaki itu.
Wanita berkanaan turut mengurung suaminya dalam bilik mandi sebelum menyerahkan diri kepadap ihak polis. - The Reporter
Sumber: Harian Metro
loading...
0 Response to "PADAH MENAHAN NAFSU BATIN TERHADAP ISTERI, TUT TUT TUT... KENA POTONG WEII!"
Post a Comment