loading...
Bayi berusia 3 hari demam panas & sesak nafas selepas dipeluk cium bapa saudara baru selesai merokok
Baby Zara sesak nafas!
Ya Allah, janganlah sesiapa buat macam itu. Baby Zara lahir dengan
sangat comel, sihat dan keluarga mereka sangat gembira dengan kehadiran
anak ini.
Selang tiga hari selepas kelahirannya, ada seorang saudara rapat datang
melawat si ibu dan bayi. Tiada masalah nak melawat, tetapi apa yang
menjadi masalahnya ialah apabila lelaki itu memeluk dan mencium baby
Zara.
"Sudahlah dia tak minta izin saya, dia dukung anak saya. Saya dapat hidup bau asap rokok di bajunya.."
Allah, gelisah dan bertambah menggelabah Fara bila tiba-tiba perasan
baby Zara demam panas, sesak nafas dan lemah. Baby Zara ditahan di wad
pagi tadi. Doakan baby Zara dijauhkan dari sebarang kesakitan.
Bakal ibu dan ayah, tolong ambil tahu 10 perkara pelik yang orang suka lakukan ketika melawat baby baru lahir.
1. FIKIR KESELESAAN IBU
Ada sesetengah orang, bila dapat tahu saja ada saudara nak melahirkan
anak, satu kapal turun ke hospital dan serbu si ibu. Sebab? Nak meraikan
bayi yang baru lahir.
Tak salah sebenarnya. Yang menjadi salah itu bila melepak lama-lama di
tepi katil dengan ibu yang baru melahirkan bayinya. Punyalah ibu dia
baru nak belajar menyusukan anak, nak belajar dukung bayi, dengan tak
selesa sebab baru bersalin. Itu belum lagi ditambah dengan 'ahli bijak
pandai' yang beri bermacam-macam idea dan cadangan. Sabaq, sabaq.
2. CUCI TANGAN
Ini ramai yang tak buat. Dia nampak tangan 'macam' bersih, jadi
disentuhnya baby macam itu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu,
siap suap-suapkan guna jari pada baby. Bertahnik katanya.
Allah, banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan 'perangai' orang seperti ini.
3. DEMAM BATUK PUN SIBUK MELAWAT BABY
Buat ibu yang nampak orang 'berpenyakit' datang nak melawat baby,
cepat-cepat masuk bilik. Bagi alasan nak susukan anak. Jangan bagi orang
itu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah.
4. MELAWAT IKUT SUKA MASA
Ada yang melawat baby di waktu maghrib. Ada juga yang jenis tak tahu nak
balik cepat dan siap melepak sampai makan malam pun di rumah itu.
Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya telefon dulu
tuan rumah sebelum datang melawat dan selepas melawat itu, seeloknya
balik sebab ibu yang tengah berpantang ini tak boleh duduk lama-lama.
Dia perlu baring untuk menyembuhkan luka bersalin.
5. DIA RAKAM GAMBAR DEN UPLOAD PULAK!
Ini memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Sudahlah gambar
anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan dengan flash pula. Kemudian
siap muat naik di Facebook dengan kapsyen,
"Teringinlah nak kahwin dan ada anak"
Kasihanilah ibu berpantang ini. Jangan bebankan mereka dengan perangai-perangai pelik.
6. BERSIHKAN DIRI
Elak dekatkan diri dengan bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang
dari kerja, dibasahi peluh dan asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan
bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa.
7. PERFUME
Punyalah semangat nak jumpa baby, siapa ada yang pakai perfume satu botol. Habis wangi satu rumah.
Elakkan, ia bukan sahaja membuat orang sekeliling rasa tidak selesa,
malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus untuk
bayi sekiranya terkena pada kulit bayi.
8. ORDER MAKANAN
Jangan sesekali minta minuman, apatah lagi order makanan. Selalunya
rumah orang berpantang ini sibuk dengan nak siapkan segala rawatan dan
makanan untuk ibu berpantang. Jadi usah bebankan isi rumah dengan
perangai anda.
9. TENUNG IBU SEDANG MENYUSU
Haish! Ini memang pelik. Ibu nak menyusukan anak pun kena minta
kebenaran. Sepatutnya orang yang melawat itu yang kena minta kebenaran
untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusukan baby dia.
Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusukan anaknya. Siap tanya lagi, susu banyak ke tak?
10. PAKAR PERBIDANAN
Masa berpantang ini, macam-macam dugaanlah yang akan menyerang.
Orang-orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat
macam-macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ini. Biarkan dia
berehat.
Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress.
Kawal emosi. Share info ini jika anda sayang dan ingin wanita-wanita
lain turut berjaga-jaga.
Dapatkan info kehamilan dan kelahiran di laman Facebook 9 Bulan 10 Hari.
Dapatkan info kehamilan dan kelahiran di laman Facebook 9 Bulan 10 Hari.
Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.
loading...
0 Response to "DERITA Bayi berusia 3 hari demam panas & sesak nafas"
Post a Comment