loading...
Tips awet muda, jadi amalan nenek seusia remaja.
Melihat gambar-gambar wanita ini saja kita boleh jangkakan umurnya dalam
lingkungan lewat 20'an. Tetapi sebenarnya wanita ini berusia 50 tahun!
Gambar-gambar Qin Ling, ibu kepada dua orang anak dan seorang cucu viral
di media sosial China menjadikan dirinya glamour sekelip mata.
Qin mendakwa, rahsia dirinya kekal cantik dan bergetah adalah tidur
tanpa pakaian seminggu sekali dan mandi air panas selain dari
menggunakan topeng muka buatan sendiri yang diperbuat dari timun,
yogurt, madu dan serbuk mutiara bagi melambatkan proses penuaan.
Ogos lalu, anaknya membuat photoshoot Qin pada harijadinya yang ke-50
dan memuatnaik gambar-gambar itu di media sosial menyebabkan netizen
kagum dan terkesima melihatnya.
Apabila Qin sudah semakin dikenali, Qin telah ditemubual oleh wartawan
tentang bagaimana dia berjaya mengekalkan dirinya nampak anggun.
Difahamkan, Qin telah bercerai dengan suaminya. Dia tidak pernah
mempunyai wang yang mencukupi untuk dirinya menyebabkan dia mengambil
langkah menggunakan topeng muka yang diperbuat dari bahan-bahan
semulajadi yang mudah diperolehi.
Ekoran dirinya semakin mendapat perhatian ramai serta pihak media, Qin
dan anak-anak perempuannya juga berpeluang muncul di program bakat
tempatan, Mamma Mia.
loading...
0 Response to "GEMPAR!! RAHSIA AWET MUDA DARI NENEK YANG SEAKAN REMAJA"
Post a Comment