TERKEJUT! Budak Maut "Hoodie" Tersangkut di Penyangkut Dalam "Fitting Room"

loading...

Budak 4 Tahun Maut Tergantung Diri Sendiri Selepas 'Hoodie' Tersangkut di Penyangkut Dalam Bilik Persalinan di Kedai Pakaian



Ryu seorang kanak-kanak yang sangat aktif

Tragedi menimpa seorang kanak-kanak berusia  empat tahun bernama Ryu Pena apabila 'hoodie' yang dipakainya tersangkut pada penyangkut kot dalam bilik persalinan di sebuah kedai pakaian di Manktao, Minnesota.

Polis percaya Ryu terlepas dari jagaan neneknya, yang sedang membeli belah di kedai berkenaan, dan masuk ke dalam sebuah bilik persalinan kosong.

Dia kemudian menutup pintu bilik itu, naik ke atas sebuah bangku sebelum hoodienya tersangkut di satu penyangkut kot.

"Kami percaya dia tergantung di penyangkut baju di dalam bilik itu dan tidak mampu membebaskan dirinya, " kata Komander Jeremy Clifton kepada CNN.

Kaki Ryu tidak mampu menyentuh lantai, menyebabkan dia tersangkut dan lemas.

Ketika keluarga menemui Ryu, dia sudah tidak bernyawa.

Ibu Ryu, Denise Gonzales, berkata anaknya itu maut ketika bermain.

"Hanya itu sahaja cara saya boleh jelaskannya. Dia sedang bermainan kerana sifat ingin tahunya, dan ia berlaku dengan sangat pantas.

Keluarga itu juga turut menjalankan tabung GoFundMe untuk menaja majlis pengebumian anaknya.

Sumber: CNN
loading...

0 Response to "TERKEJUT! Budak Maut "Hoodie" Tersangkut di Penyangkut Dalam "Fitting Room""

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close