Teman Lelaki Sms Suruh Hantar Makanan Di Rumah & Teman Makan. Tak Sangka Rupa²nya Dia Dah Rancang…

loading...
Teman Lelaki Sms Suruh Hantar Makanan Di Rumah & Teman Makan. Tak Sangka Rupa²nya Dia Dah Rancang… | Membaca perkongsian Baitus Solehah ini membuatkan kita berfikir sejenak, anak  remaja  masa kini masih belum cukup pengetahuannya tentang tentang hubungan kelamin berlainan jantina. Bukan mahu menunding jari, tetapi hakikatnya kebanyakan dari kita melatah apabila diberikan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ini dikalangan remaja.
Namun apa yang tidak disedari, majoriti ibu bapa merasakan berbicara tentang hubungan kelamin itu sesuatu yang terlalu peribadi dan tidak sesuai dibicarakan kepada anak yang sedang meningkat remaja tetapi dalam masa yang sama tidak mengawal pergaulan bebas meraka sehari-hari.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata dan memberi pengajaran.
Kekesalan Tidak Boleh Mengulangi Masa Yang telah ditinggalkan!
14 tahun, sepatutnya berada di dalam tingkatan dua. Tiba tiba di dapati telah mengandung 7 bulan. Terkejut siibu. Anak sulung. Bapa di dalam penjara. Tak tahu nak buat apa. Ibu buat laporan polis. Lelaki itu ditahan reman untuk siasatan. Tamat tempoh reman dilepaskan seketika.
Kisahnya bermula dari tingkatan 1. Silelaki berada di tingkatan 5, sekolah yang sama. Selepas berkenalan, bertukar nombor telefon. Sering bersms. Balik sekolah pun selalu jalan sama sama. Couple start form 1 you.
Suatu hari si lelaki sms minta tolong belikan makanan. Katanya lapar, dirumah takde makanan. Emak pergi kerja. Tinggal di rumah tu cuma 3 adik beradik lelaki sahaja, emak jarang pulang ke rumah. Nak ke kedai tak ada kenderaan. Pergilah siremaja perempuan menolong si lelaki, membelikan makanan dan hantarkan ke rumah dengan menaiki motorsikal. Ingatkan selepas makanan diberi, si remaja perempuan terus mahu pulang ke rumah. Si remaja perempuan tinggal dengan atok, nenek, seorang adik dan ibu. Ibu bekerja.
Lelaki tu mengenakan umpan. Mengajak si remaja perempuan masuk ke dalam rumah, teman makan sambil berbual. Padahal makanan yang dibeli cuma sebungkus saja. Si lelaki memujuk, jangan takut, ada adik-adik di dalam rumah. Dah sayang. Maka masuklah siremaja perempuan ke dalam rumah menemankan makan. Mula mula memang bersembang di meja makan di ruang dapur. Adik adik si lelaki buat hal masing masing di dalam bilik.
Makan sambil bergurau senda, syaitan dan iblis memulakan tarian. Usik mengusik melahirkan berahi dan akhirnya masuk ke bilik. Pujukan lembut membuatkan si remaja cair dan mengizinkan. Si remaja naif akan akibat perbuatan zina. Sebenarnya tak tahu pun itu zina. Ingatkan cuma suatu permainan yang mengasyikkan saja. Tak ada kekesalan apabila selesai permainan tamat. Betul betul ingat, itu cuma mainan. Kali pertama bulan Ogos.
Kali kedua bulan Oktober. Balik sekolah, jalan bersama-sama. Sampai di rumah si lelaki, si lelaki mengajak masuk kerana katanya tidak sihat. Si remaja kasihan, teman masuk ke rumah. Mula mula sembang baik-baik, tolong ambilkan air untuk makan ubat. Lepas tu si lelaki minta dipicitkan kepala sebab sakit kena panas matahari. Sentuhan jari jemari telah memulakan permainan kali kedua. Masih berbaju sekolah, diruang tamu rumah. Adik adik belum pulang kerana ada kelas tambahan. Tak payah buka uniform, selak terus bermula permainan. Tamat permainan, si remaja pun pulang ke rumah, takut terlewat nanti atok nenek cari.
Kali ketiga, ketika cuti sekolah akhir tahun. Bulan Disember. Bosan lama tinggal di rumah. Tidak kemana mana. Suatu hari merajuk dengan nenek, terus lari keluar rumah. Berjalan menuju ke rumah si lelaki. Si lelaki telah tamat peperiksaan SPM. Pun bosan di rumah, sedang berkira kira mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM. Apabila didatangi oleh si remaja dalam keadaan menangis dan bersedih, hero pun memujuk, konon mahu menenangkan. Ajak masuk ke dalam rumah. Adik adik keluar entah kemana. Orang tengah sedih, disua bahu untuk melepaskan tangisan. Dipeluk agar menjadi tabah dan kuat tapi lain jadinya. Apabila berdua, yang ketiga adalah syaitan.
Permainan ketiga. Agak lama sebab masing bosan dan cuti sekolah. Seronok juga permainan kali ini. Hampir petang baru tamat, dan seremaja sudah hilang rajuk kerana telah diubat oleh silelaki. 3 hari selepas itu persekolahan tahun 2016 bermula. Masuk tingkatan 2 disekolah yang sama. Silelaki telah mendapat pekerjaan. Peluang bertemu tidak ada, masing masing sebuk. Cuma bersms saja lagi. Bulan April si anak mengadu sudah 4 bulan tidak datang haid, emak tidak ambik peduli. Emak kata memang pusingan haid anak tidak teratur. Bulan Julai, si anak mengadu sakit perut dan rasa tidak selesa. Emak membawa ke klinik, doktor kata perubahan hormon remaja membuatkan haid tidak teratur juga. Lagi pun sudah lama tidak datang haid, jadi darah kotor terkumpul.
Perjalanan balik, si emak rasa tidak senang hati. Singgah kedai beli alat menguji kehamilan. Beri pada anak suruh buat ujian air kencing. Esoknya subuh subuh, sianak melakukan ujian, dan didapati ada dua jalur. Si anak diam, tidak memberitahu sesiapa. Balik sekolah baru dapat jumpa si emak dan bagitahu. Baru si emak menangis kesal. Kesal tidak ambik peduli hal anak sebab fikir ada nenek yang tolong tengokkan. Lagipun si emak tahu anaknya bukan nakal, bukan jenis suka melawan, bukan jenis suka membantah, bukan jenis suka melepak di luar. Kenapa boleh jadi begini?
Selepas tahu si emak keluar mencari jalan keluar dari masalah. Si remaja tinggal di dalam rumah. Mula-mula si remaja tidak mahu bagitahu sesiapa pun walaupun nenek sendiri. Tetapi nenek melihat kelainan tingkah si remaja, membuat si nenek syak sesuatu dan bertanya, kenapa bersedih dan menangis. Si remaja tidak mampu menyimpan lebih lama ,makin rahsia makin mneyakitkan. Apabila si nenek tahu kisahnya, kepalanya dihantuk ke dinding. Apabila lembik tidak berdaya mempertahankan diri, dia pasrah apabila nenek memijak perut dan belakangnya. Dia tidak ada tempat untuk meminta pertolongan. Kesakitan dipijak, mendorong emaknya membawa si anak ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan… Si anak mahu menjaga maruah keluarga. Mahu menutup aib.
3 hari selepas ditahan diwad, pemeriksaan mendapati memang benar positif air kencing. Disahkan mengandung. Hari hari anak menangis kesedihan. Dan emak si remaja mengambil keutusan untuk meletakkan anak di Baitus Solehah.
Duka nestapa tidak menghilangkan rasa takut, malu dan malas. Kekesalan tidak boleh diboleh mengundur masa. Hilanglah kelayakan menduduki kelas tingkatan 2 hingga akhir tahun. Selamat tinggal semua, selamat datang ke Baitus solehah. Moga ada petunjuk jalan jalan kebenaran selepas ini.
Berhati hatilah wahai ibu bapa. Mencari rezeki yang dalam jaminan Allah berpada pada. Jangan anak ter abai di dalam jagaan kita. Hingga mendambakan keseronokkan di luar. Mencari semangat dan kekuatan diluar, bukan dari dalam rumah sendiri. Berawas-awas wahai remaja, jangan termakan umpan, pujuk rayu lelaki. Lelaki ada berbagai tektik untuk memenuhi nafsu sarakah secara percuma. Dia bukan lelaki yang baik selagi tidak bertaubat dan mentaati perintah Allah.
2 minggu lalu, keadaannya masih bersedih. Ambil masa untuk menyuaikan dengan keadaan persekitaran, ambik masa untuk perubahan suasana, iklim dan persaudaraan. Kini sudah boleh berbual, ada masa senyum dan ada masa menangis. Pengisian rohani menenangkan jiwa resahnya.
 “Adakah setiap kali selepas berzina, kamu mandi wajib?”
“Tidak. “
“Kenapa tidak mandi wajib, adakah tidak tahu mandi wajib?”
“Saya tahu mandi wajib, tapi saya tak tahu selepas main tu kena mandi wajib.”
“Adakah kamu tahu itu yang dikatakan zina?”
“Tak, saya tak tahu itu zina, saya ingat main main saja.”
“Kamu tahu akibat permainan tu?”
“Tak.”
Betapa naifnya, anak-anak yang tidak dibimbing tentang perhubungan seks antara lelaki dan perempuan. Maka sedarlah ibu bapa, betapa penting pendidikan seks dari awal remaja.
Sila share supaya memberi ilmu kepada orang yang kita sayang demi menyelamatkan jiwa- jiwa yang kosong.
Sumber:- Pesona pengantin
loading...

0 Response to "Teman Lelaki Sms Suruh Hantar Makanan Di Rumah & Teman Makan. Tak Sangka Rupa²nya Dia Dah Rancang…"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close