loading...
Sebelum ini pelbagai cerita yang kita dengar apabila terdapat segelintir
masyarakat yang berperangai pelik dengan menjadikan makanan pelik
sebagai makanan. Contohnya memakan lipstik, alat make-up, memakan sabun,
sofa dan sebagainya. Tak terfikir dek akal fikiran bagaimana kehidupan
yang mereka jalani dan bagaimana pula dari segi kesihatan?
Seorang gadis yang dikatakan mempunyai perangai pelik juga telah
dilaporkan apabila beliau memakan rambutnya sendiri. Pesakit berumur 27
tahun itu mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan rambutnya sendiri
sejak berumur tujuh tahun.
Ekoran tindakan peliknya itu telah menyebabkan doktor terpaksa melakukan
pembedahan bagi mengeluarkan rambutnya yang mencecah 1.5kg
Menurut Ketua Pengarah Hospital al-Amal, Hudaida, Yaman Abdul Majeed
al-Yusfi mengesahkan doktor hospital itu telah berjaya mengeluarkan 1.5
kilogram rambut dari seorang pesakit wanita yang menderita sakit perut
dan muntah selama 20 tahun.
Rambut itu dikesan apabila wanita yang enggan identitinya didedahkan itu
melakukan pemeriksaan x-ray dan diagnosis untuk mengenal pasti penyakit
yang dihidapinya.
loading...
0 Response to "Pelik! Makan RAMBUT Sendiri PON SEDAP Sampai KETAGIHHH"
Post a Comment