loading...
(VIDEO) "Anak Saya Gelak Terkekek-Kekek Sorang-Sorang Macam Diacah 'Sesuatu','' Nasihat Penting Untuk Ibu Bapa Diluar Sana Elak Anak Kena 'Tegur'
Perlu diketahui, selain kita manusia, ada mahluk Allah yang lain turut mendiami muka bumi ini, jadi percaya kepada kewujudan perkara ghaib adalah satu yang wajib kita percaya.
Gangguan perkara ghaib mungkin kita selalu mendengarnya, terutamanya kepada kanak-kanak kecil, terbaca satu kisah yang dimuatnaik oleh seorang ibu bernama Ecah Dodin dimana anaknya terlah kena 'tegur' selepas suaminya yang baru pulang selepas mengikuti ambulan yang mempunyai orang mati pulang dan trus cium anak mereka, apa yang terjadi sungguh menyeramkan.
IBU BAPA AMBIK CONTOH.
Benda yang orang selalu ambik remeh and terlepas pandang.
Anak saya ditegur. Dari pagi biasanya dia akan tidur pukul 10.30 pagi. Tapi harini dia taknak tido walau mengantuk tapi saya ingat sebab sepupu sepupu dia ada dia nak bermain.
Mula tu, saya ingat dia asyik gelak sebab dia suka bermain. Tapi dia duduk sorang pun dia gelak macam ada orang acah-acah dia. Sampaila jam 3 petang saya keluar nak beli barang. Bawak la dia and makcik asuhan yang selalu jaga dia. Tetiba dia gelak makin kuat berkekek-kekek walhal waktu tu dia memang mengantuk.
Biasanya jugak naik je kereta dia akan tidur. Tetiba dia gelak jugakk. Saya pun pasangla ayat Kursi dan yaasin supaya dia dengar and berhenti gelak. Dia diam la 10 minit lepastu gelak sampai sesak nafas dibuatnya.
Saya pun terus balik rumah. Cakap pada mak sayaaa. Mula mak saya kata biasa je. Tetiba dia tengok cucu dia gelak berdekek semacam. Macam ada orang tengah bermain dengan dia. Mak aiii kita punya bulu romaaa menaikkkk. Lepas je Isyak mak ajak saya pergi rumah tokcik minta air tawar sikit.
Tengah tokcik bacakan Ayat Al-Quran, dia punya selok menangis macam ada orang cubit walhal waktu tu elok ada je dia duduk gelak. Saya yang tengok ni lagi lah seram.
Dah selesai tokcik ubatkan, terus dia minta susu habis sebotol punya la lapar. Saya pun teringat memang dia tak banyak minum susu harini. Minum je dia gelak. Dia gelak membuatkan dia campak botol susu taknak minum. Lepas je minum terus tidur.
Jika tengok video, dean biasanya akan melawan kalau dia baring melentang. Tapi tokcik tak pegang dia pun dia menangis kuat macam takut akan sesuatu. Moga tak berulang lagi.
Suami balik kerja, saya tanya "Abang ada naik ambulan ambik orang mati tak?"
Suami saya pun jawab semalam adalah. Ambik Bangla meninggal langgar lari. Saya pun terus teringat, semalam suami balik dia just tukar baju tapi tak sempat mandi sebab nak keluar ambik barang customer dah tunggu. Tapi sebelum tu dia ada cium anak dia.
Semua ni kebetulan benda nak Jadi. Tapi kena beringat la setiap masa walau hanya kebetulan sahaja. Bukan apa. Orang muda ni kalau kita pesan dia buat tak tahu je. Selagi tak kena selagi tu tak serik. Dah kena gelabah lerrr .
Salah saya jugak. Tak berkeras mana. Saya cakap kat suami lepasni kita memang kena beringat. Dia balik kerja wajib duduk kat luar 10 minit dan masuk rumah terus mandi. Budak dia tak macam kita. Sebab nya tok tanya saya, ada bawa dean ke hospital ke. Sedangkan takde keluar bawa ke hospital pun. Lepastu dah dapat agak mesti sebab suami balik kerja tak mandi. Biasanya dia mandi dulu. Allahu.
And lepas je dia tidur, suhu terus naik mendadak Saya tengok dia menangis meraung tu macam dia takut sangat.
Nasihat saya ibu dan bapa :
1- Maghrib jangan bawa anak keluar.
2- Kalau suami atau isteri balik kerja terus mandi. Baca apa apa yang patut sebelum masuk rumah.
3- Selalu baca Ayat Kursi untuk pendinding diri kita sekeluarga.
4- Jangan bagi anak tidur waktu maghrib.
5- Jangan selalu lambat tutup tingkap and pintu rumah bila dah senja.
6- Pasang ayat Al-Quran selalu.
7- Bagi salam kuat-kuat sebelum masuk rumah.
8-Ambik masa suami isteri baca Al-Quran selalu. Alhamdulillah lepas maghrib boleh baca.
Iktibar buat saya sekeluarga. Doakan dean cepat sembuh dari demam.
loading...
0 Response to "SERAM! Anak Gelak Terkekek-kekek diacah sesuatu"
Post a Comment