[UPDATE!] Setakat ini, DIALAH LELAKI YANG PALING RAPAT dan kami juga BERHUBUNG SETIAP HARI - FASHA SANDHA Dah Temui PENGGANTI JEJAI

loading...
ANAK-ANAK SUDAH BERTEMU DENGAN SI DIA! FASHA SANDA
Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak enam bulan lepas. Mengakui jejaka berkenaan yang paling rapat dengan beliau setakat ini, Fasha juga sudah memperkenalkan beliau dengan dua orang anaknya.
Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.
Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.
Tentu ada yang ingin tahu, apakah agaknya ciri-ciri lelaki idaman Fasha? Menurut selebriti pujaan ramai itu, beliau mencari seorang lelaki yang memahami diri dan kerjayanya.
Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.
Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya.
Lebih setahun bergelar ibu tunggal, Fasha memberitahu beliau menyasarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Harapnya, hubungan Fasha dan si dia boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin jika ada jodoh. InshaAllah.
loading...

0 Response to "[UPDATE!] Setakat ini, DIALAH LELAKI YANG PALING RAPAT dan kami juga BERHUBUNG SETIAP HARI - FASHA SANDHA Dah Temui PENGGANTI JEJAI"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close