Nak elak binatang katanya

loading...

Nak elak binatang katanya



Nibong Tebal: Wanita maut manakala enam lain cedera termasuk dua parah dalam kemalangan bas ekpres di Kilometer (KM) 151.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Tambun, hari ini.
Kemalangan 4.15 pagi tadi itu dikatakan berlaku ketika bas ekpres yang membawa 27 penumpang dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke arah utara sebelum pemandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan kenderaan itu terbalik.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad, berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas berusia 40 tahun itu mendakwa dia
hilang kawalan kerana mahu mengelak binatang yang tiba-tiba melintas.
"Akibatnya, bas yang dinaiki 27 penumpang dan dua pemandu itu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik sehingga mengakibatkan beberapa penumpang tersepit.
"Penumpang wanita berusia 29 tahun yang berasal dari Pendang, Kedah maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya.
Shafee berkata, enam mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala selebihnya meneruskan perjalanan ke destinasi dengan bas lain.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 9:18 AM
loading...

0 Response to "Nak elak binatang katanya"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close