loading...
BABAK ROMANTIK SAYA DAN EMA TIDAK MENDATANGKAN SYAHWAT PUN-AIMAN HAKIM RIDZA
Filem Kimchi Untuk Awak belum lagi ditayangkan, namun ia dihimpit kontroversi apabila ada babak romantik antara pelakon utamanya, Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong menimbulkan rasa kurang senang netizen. Adegan berpelukan dan babak intim lain di anggap tidak sesuai buat Emma sebagai wanita berhijab juga Aiman sebagai seorang lelaki Muslim.
Berbicara mengenai isu panas ini, Aiman sebenarnya berharap agar penonton bersikap lebih terbuka dan sepatutnya lebih fokus kepada jalan cerita filem berkenaan. Buat Aiman, babak romantik mereka tidaklah melampau sehingga boleh menimbulkan nafsu dan keghairahan.
Kita kena hentikan memberi fokus kepada isu berpegangan atau babak romantik sebaliknya menghargai sesebuah filem itu dengan cara sepatutnya. Sebenarnya babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak mendatangkan syahwat pun. Paling penting jalan ceritanya bagus dan ada pengajaran yang hendak disampaikan.
Ditanya mengapa beliau tidak menolak untuk melakukan adegan itu, Aiman menjelaskan beliau menghormati setiap jalan cerita seperti yang dikehendaki oleh pengarah.
Saya tidak boleh berpura-pura atau menjadi hipokrit dan apa yang saya lakukan dan tonjolkan dalam filem ini adalah kerana keikhlasan hati saya sebagai pelakon. Saya melihatnya dari sudut seni selain menghormati skrip dan apa yang dipaparkan itu hanyalah lakonan dan tidak berlebih-lebihan pun.
Filem pun belum keluar lagi, jadi apa kata kita lihat dahulu jalan ceritanya bagaimana. Kemudian barulah kita tentukan adakah adegan Aiman dan Emma itu melampau ataupun sebaliknya. Biasalah tu, kadang-kadang aksi romantik mungkin cara pengarah untuk menarik minat penonton. Heh..
loading...
0 Response to "GHAIRAHH!! BABAK ROMANTIK EMA DAN AIMAN HAKIM Timbulkan Reaksi Kurang Senang Peminat!"
Post a Comment