loading...
Menu Penyediaan Makanan Paling Kejam Di Dunia!
Ikizukuri (Jepun)
Makanan khas Jepun yang menyajikan ikan segar di atas piring dalm
keadaan masih hidup dianggap terlalu kejam. Menu ikan ini disajikan di
atas piring dengan tubuh yang sudah siap dihiris nipis-nipis namun masih
hidup dalam keadaan menggeliat seolah-olah masih mahu memperjuangkan
diri untuk terus hidup di atas piring tersebut.
Ortolan (Perancis)
Cara untuk membuat menu ini cukup mudah. Apabila burung Ortolan ini
mencapai berat sebanyak 2 ons, kedua mata burung ini ditusuk di kedua
matanya dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya meningkat
dua ke empat kali ganda.
Selepas itu burung ini akan dilemaskan secara hidup-hidup dalam minuman
keras sehingga mati kemudian dipanggang selama 6-8 minit sebelum
dijadikan santapan.
Feng Gan Ji (Tibet/China)
Menu masakan ini hanya memerlukan seekor ayam segar dan pisau yang
tajam. Ayam akan dibelah perut hidup-hidup dan isinya dikeluarkan
kemudian digantikan dengan ramuan herba sebagai penyedap rasa. Setelah
itu perut ayam akan dijahit semula dan digantung begitu sahaja di bawah
cahaya matahari yang terik sehingga kering.
Huo Jia Lu (China)
Daging keldai memang sudah biasa menjadi santapan, namun untuk
menyajikan menu ini menurut pandangan kuno dari China supaya lebih
sedap, daging keldai perlu dipotong dalam keadaan hidup-hidup. Daging
keldai tersebut kemudian akan dimasak dan terus disajikan kepada para
pelanggan.
Jiau Lu Rou (China)
Menu ini hampir sama seperti menu di atas namun berbeza dari
penyediaannya. Daging keldai akan disiat secara hidup-hidup dan disiram
dengan air yang mendidih pada daging keldai hingga masak.
loading...
0 Response to "Menu Penyediaan Makanan Paling Kejam Di Dunia!"
Post a Comment