Jasa Cikgu Ghani

loading...

Jasa Cikgu Ghani

 


Sungai Petani: Lebih 1,800 penunggang motosikal berbaris panjang seawal 6.30 pagi tadi bagi mengisi minyak petrol RON95 di Stesen Minyak Caltex Tikam Batu, di sini, yang diagihkan secara percuma bernilai RM8,000.
Petrol percuma yang disumbangkan oleh peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60, yang aktif dalam kegiatan kebajikan bersama rakan Facebook (FB) memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk sekitar Tikam Batu malah Sungai Petani.
Program kali kelima yang diadakan Abdul Ghani dan rakan FB dalam usaha meringankan beban rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan.
Menurutnya, sumbangan petrol percuma ini memberi manfaat kepada pemilik motosikal yang terdiri penduduk kampung, suri rumah, pelajar serta pekerja dari pelbagai sektor yang bekerja sekitar Sungai Petani, Prai dan Butterworth, Pulau Pinang.
Katanya, sumbangan petrol percuma itu adalah sebahagian daripada program sedekah jariah dilakukan bersama rakan laman sosialnya dalam usaha meringankan beban masyarakat.
“Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol dan barangan keperluan lain pasti memberi beban dan kesan kepada masyarakat terutama mereka yang tidak berkemampuan.
“Saya berharap dengan pemberian minyak percuma ini sedikit sebanyak dapat meringan beban golongan sasar,” katanya.
loading...

0 Response to "Jasa Cikgu Ghani "

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close