[NGERI] Wartawan Maut Digilis Tren Komuter, Badan Terbelah Dua!

loading...

Wartawan Maut Digilis Tren Komuter, Badan Terbelah Dua!

Nasib malang menimpa seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut digilis tren komuter pagi semalam.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi menyebabkan mangsa, K Anamalay, 67, ditemui mati dengan keadaan badannya terbelah dua di stesen komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh.
Kematian ini menimbulkan tanda tanya kerana mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda yang pelik malah sempat bersarapan bersama-sama rakannya di sebuah restoran sebelum menuju ke tempat kerja.
"Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh.

"Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian," kata salah seorang kenalan mangsa.
Menurut laporan hasil soal siasat pemandu tren Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), mangsa dipercayai terjun ke landasan dari platform dua secara tiba-tiba.
"Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. -sensasi.org-

 

loading...

0 Response to "[NGERI] Wartawan Maut Digilis Tren Komuter, Badan Terbelah Dua!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close