5 LANGKAH MUDAH KIRA KASAR KELAYAKAN BELI RUMAH

loading...

Was-Was Sama Ada Layak Atau Tidak Untuk Membeli Rumah, Ikuti Lima Langkah Mudah Kiraan Kasar Kelayakan Beli Rumah Ini


Dalam membeli rumah, sudah semestinya mempunyai kiraan tertentu bagi melayakkan kita memiliki rumah tersebut. Jika terus menghantar permohonan, tanpa mengetahui kelayakan yang kita ada, sudah pasti ia merugikan masa untuk menunggu.

Namun begitu, menurut perkongsian dari saudara Amir Syahir, terdapat cara, atau langkah perkiraan yang kita boleh lakukan, dalam mengetahui kelayakan untuk membeli rumah. 

Mari kita lihat perkongsiannya.


Lima Langkah Mudah Kiraan Kasar Kelayakan Beli Rumah

Follower: Gaji saya RM2300, layak ke saya beli rumah?

Banyak juga saya dapat mesej daripada follower tanya "gaji saya sekian sekian, layak ke saya beli rumah?, berapa harga rumah yang boleh saya beli?".

Biasanya saya tak suka nak suap je ke korang. Saya nak korang faham jugak. Saya suruh korang belajar kira. Jadi, korang akan sentiasa faham walaupun situasi berbeza.

Jika saya berikan kalian ikan, kalian akan kenyang sekejap, tetapi, jika saya berikan kalian joran, kalian akan kenyang selamanya.

Ini asyik duk tanya, "Gaji saya RM2000. Berapa rumah saya layak beli?" Kalau gaji kau naik RM2300 nanti, datang tanya lagi.

Tapi, itulah manusia. Cari ilmu serupa cari nasi. Bila lapar baru nak cari makan. Bila tak lepas pembiayaan perumahan baru nak tanya. Bila dah muflis baru nak cari jalan penyelesaian dan bila dalam kesempitan baru nak cari ilmu. Haa, kan dah kena bebel. Kakakaka.

Sebelum kau mohon pembiayaan perumahan, baik kau kira dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau ye. Ingat, fikir dulu sebelum buat hutang jahat. Ia akan bagi kesan juga untuk kau buat pembiayaan perumahan nanti.

Jom belajar kira kelayakan pembiayaan perumahan korang juga.

Lima Langkah Mudah Kiraan Kasar Kelayakan Beli Rumah;

Contohnya jika kasar korang : RM2300

1. Kira Gaji Bersih

Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)

RM2300 – RM200= RM2100

2. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih
DSR maksimum antara bank

Jika korang bergaji bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%. Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%.

60% X RM2100 = RM1260

3. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS)


Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.

Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350

RM1260 – RM350 = RM910

4. Tolak NDI (Net Disposable Income)
NDi antara bank

Untuk kos sara hidup. Ada bank guna. Ada tak. Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung pada tempat tinggal, taraf perkahwinan. Katakan ambil contoh NDI : RM500

RM910 - RM500 = RM410

5. Guna Rule of 200

Ansuran bulanan X 200 = harga rumah

RM410 X 200 = RM82K

Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM410 sebulan, harga rumah maksimum tidak boleh melebihi RM82K.

Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM82,000 saja.

Kiraan Penuh Kelayakan Pembiayaan Perumahan


Analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja

Ini adalah kiraan kasar sahaja. Korang boleh walk in ke bank berdekatan untuk tahu berapa sebenarnya kelayakan rumah korang boleh beli dengan gaji korang tu. Bawa penyata gaji sekali.

Jika kau bergaji rendah tetapi mempunyai banyak komitmen, kau perlu ada simpanan. Simpan di TH ataupun ASB yang boleh dijadikan sebagai dokumen pendapatan sokongan.

Kalau malas sangat isi je la dalam link ni: Loanstreet

Jangan pelik jika kawan kau yang bergaji rendah boleh lulus pembiayaan perumahan. Kau yang bergaji RM4000, bank pun tolak permohonan pembiayaan perumahan kau.

Ye lah. Kau kan nak rumah yang ada kolam renang. Nak rumah baru dan wangi je. Komitmen hutang dengan bank pun tinggi. Segala bagai tok nenek hutang kau bela. Sampai hutang member pun tak reti nak bayar pun ada. Kah!
loading...

0 Response to "5 LANGKAH MUDAH KIRA KASAR KELAYAKAN BELI RUMAH"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close