loading...
Melaka: Sekurang-kurangnya 16 kereta mengalami kerosakan akibat kebakaran bahan kimia di sebuah kilang pengeluaran bahan plastik, di Ayer Keroh di sini, petang tadi.
Difahamkan, kereta yang mengalami kerosakan akibat disambar bahang api itu, dipakir di luar kawasan kilang terbabit.
Komander Hazmat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suhairi Mohd Sufian berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bahan kimia UN1263 yang disimpan di bawah tanah.
"Bahan kimia itu dikenali sebagai Solvent, digunakan sebagai bahan pencuci atau bahan cetak, tersimpan di bawah tanah dan mengalir melalui longkang.
"Kira-kira 2,000 hingga 3,000 liter bahan kimia terbabit dipercayai tumpah menyebabkan kebakaran sepanjang kira-kira 60 meter (200 kaki)," katanya.
Menurut Suhairi, kerja pembersihan dilakukan dengan menyedut bahan kimia berlebihan yang tumpah, sebelum dimasukkan ke dalam 15 tong dram untuk pengasingan.
"Sebanyak 15 tong digunakan dalam proses pengasingan bahan kimia itu. Punca nyalaan api masih dalam siasatan,” katanya.
loading...
0 Response to "16 KERETA Lebur Angkara BAHAN KIMIA - MELAKA"
Post a Comment