loading...
Santau Dan Jenis-jenisnya Yang Mensyirikkan Allah!
Apa itu SANTAU?
Santau merupakan perbuatan syirik yang dilakukan oleh mereka yang tidak
kenal erti ketuhanan dan sanggup menduakan Maha Pencipta hanya kerana
dendam. Santau juga merupakan sejenis racun dari pelbagai ramuan yang
sungguh merbahaya melibatkan makhluk-makhluk halus atau jin dan amalan
sihir.
Mentera-mentera juga dibaca untuk memanggil dalam proses menyantau.
Perbuatan ini bertujuan menyeksa dan mendera mangsa secara zahir dan
batin, sehingga akhirnya menemui ajal (dengan izin Allah). Tiada tujuan
lain, hanya itu sahaja niat hakiki mereka yang menggunakan khidmat
santau ini selain membuat kacau dan huru-hara terutamanya santau angin
terutama pada majlis-majlis yang penting.
Jenis-jenis SANTAU
1. SantauTanpa Jin.
Santau ini menggunakan adunan tertentu secara hakiki dan tidak
melibatkan mana-mana jin dalam proses menyantau. Dikhabarkan santau jeni
ini mudah untuk dirawat.
2. Santau Yang Disertai Pemujaan.
Santau seperti ini melibatkan pemujaan kepada jin mahupun syaitan. Juga
dikenali sebagai SANTAU ANGIN. Agak sukar untuk dirawat kerana ia
melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang ke udara dan bagi mangsa
yang terkena santau ini, diri mereka akan menjadi kurus kering.
Ada juga sesetengah pihak yang mengklasifikasikan santau ini kepada 4
iaitu santau makanan, santau angin, santau tuju dan santau langkah.
3. Santau Melalui Makanan & Minuman.
Santau ini akan menggunakan ramuan sihir dan dihidangkan di dalam
makanan atau minuman sebelum diberikan kepada mangsa. Namun, santau ini
akan dapat dilihat oleh mereka yang selalu mengamalkan pendinding diri
dengan melihat gelas atau pinggan pecah apabila disentuh. Ada pun
hidangan itu diperlihatkan oleh Allah seperti luar biasa. Manakala bagi
mereka yang tiada ilmu pendinding diri, hidangan itu akan kelihatan
seperti hidangan biasa.
4. Santau Tuju.
Santau ini biasanya dilakukan kepada individu yang telah dikenalpasti
dari awal untuk disantau dengan tujuan khusus. Dikhabarkan santau jenis
ini akan dilepaskan menjelang malam da ia kelihatan seakan-akan
kunang-kunang yang bercahaya. Menurut kepercayaan, santau ini pantang
dilihat ketika ia dilepaskan kerana dibimbangi tersasar ke arah orang
lain.
5. Santau Langkah
Lebih kurang sama dengan santau tuju kerana mangsa yang ingin disantau
telah pun dikenalpasti. Santau ini akan diletakkan di tempat biasa
dilalui oleh mangsa terutama di pagar rumah. Apabila mangsa melangkah
sahaja, santau itu akan menyerang.
Bahan-bahan Santau
* Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
* Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
* Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
* Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Apa sekalipun santau yang ada, sama-samalah kita berwaspada. Seeloknya kita ellak daripada bermusuhan dan selisih faham kerana ia mungkin menyumbang ke arah berlakunya perbuatan seperti ini.

0 Response to "Santau Dan Jenis-jenisnya Yang Mensyirikkan Allah!"
Post a Comment