5 Petua Untuk Lebatkan Rambut Tanpa Kos Tinggi

loading...

5 Petua Untuk Lebatkan Rambut Tanpa Kos Tinggi

Masalah keguguran rambut sehingga kelihatan botak merupakan perkara yang sering dialami oleh kebanyakan dari kita tidak kiralah golongan wanita mahupun lelaki. Namun terdapat cara bagi mengubati dan mengatasi maslah ini sama ada rawatan yang melibatkan kos tinggi atau rendah.
Kali ini tips atau petua untuk melebatkan rambut yang mungkin tidak memerlukan kos tinggi boleh dicuba oleh sekalian kita. Apakah petuanya? Jom sama-sama selongkar.

1. Kisarkan sebiji nanas hingga menjadi jus dan biarkan semalaman. Kemudian lumurkan pada rambut selama 15-30 minit. Cuba amalkan 3 kali seminggu.

2. Bersihkan beberapa helai dauin rambut rambutan muda kemudian ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendir daun itu keluar dan sapukan pada rambut. Selepas 20 minit dibiarkan, bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan 2 hari sekali dan tengok perubahannya.

3. Gunakan minyak kelapa hijau buatan sendiri dan sapukan pada rambut. Selepas semalaman, basuhkan dan cuba ulanginya bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

4. Ramas daun bunga raya dalam air yang dicampur bersama beberaoa helai daun pandan. Kemudian sapukan pada rambut seperti menggunakan syampu. Bilas sehingga bersih. Lakukan 1 kali seminggu.

5. Rendam 3 sudu serbuk teh semalaman dengan secawan air mendidih. Apabila air rendaman itu sudah pun sejuk, embunkan selama satu malam. Seterusnya sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama sejam sebelum dicuci bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu.

Petua ini boleh dicuba dan awasi setiap perubahan yang berlaku. Bukan apa setiap orang penerimaannya atau daya serapan badan berbeza-beza, so kalau yang mungkin mendapat respon negatif jangan pula diteruskan petua ini.
5 Petua Untuk Lebatkan Rambut Tanpa Kos Tinggi
Lelaki ke perempuan ke semuanya boleh cuba, mudah-mudah menjadi dan tiada kesan buruk akan berlaku. Yang penting kita berusaha dan kemudian selebihnya berdoalah serta tawakkal kepada Allah.

 

loading...

0 Response to "5 Petua Untuk Lebatkan Rambut Tanpa Kos Tinggi"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close