loading...
Elak kes isteri meroyan, MTUC cadang suami kakitangan kerajaan/swasta diberi cuti sebulan + bayaran gaji penuh
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan
cuti bersalin selama sebulan untuk suami atau bapa kepada kakitangan
kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh, lapor Sinar Harian Online.
Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, cuti yang sedia ada diperuntukkan untuk pekerja hari ini, masih tidak mencukupi.
Lapor Astro Awani, cuti bersalin untuk suami/bapa kakitangan kerajaan
hanya selama 7 hari, manakala cuti ihsan bagi kakitangan swasta pula
bergantung kepada majikan masing-masing.
"Saya fikir, sudah tiba masanya kita meneliti (semula) paternity leave
kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam, mereka
dapat tujuh hari. Kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta
kalau keutamaan dia beri lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan
syarikat swasta tidak beri peluang kepada bapa untuk berada di sisi
isteri mereka ketika anak dilahirkan," katanya.
Cadangan itu dibangkitkan susulan banyak kes melibatkan pospartum
psikosis atau meroyan yang dihadapi golongan ibu selepas bersalin.
Menurut J. Solomon lagi, suami harus diberikan cuti panjang untuk
menjaga isteri dan anak mereka dengan lebih baik dan mengatasi masalah
perubahan emosi wanita selepas bersalin.
"Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas
bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai
akibat Pospartum Psikosis. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang
meninggal, baru kita hendak bertindak," katanya.
Sehubungan itu juga, beliau meminta kerajaan mewujudkan satu
undang-undang berkaitan bagi memastikan cuti bersalin untuk suami atau
bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasakan dalam akta berkenaan.
"Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti
bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh
mengenai paternity leave itu.
"Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga," katanya. - The Reporter
loading...
0 Response to "Elak kes isteri meroyan, MTUC cadang SUAMI KAKITANGAN KERAJAAN/SWASTA DIBERI CUTI SEBULAN + Bayaran GAJI PENUH"
Post a Comment