loading...
Kisah Benar : Gadis Ini Terlanjur Di Ruang Tamu Pada Malam Raya
Bagi mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin
mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia
tewas kepada hasutan syaitan.
Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku
seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula
ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.
“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri
sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di
akhbar dan majalah.
“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana
perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,”
katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah
IPTA di Melaka.
Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika
kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21,
bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.
Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.
Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka
melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka
tewas dengan gelora nafsu.
“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan
berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri.
Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan
perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga
teman lelaki.
“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun
hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya
tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,”
katanya.
Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi.
Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun
dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian
menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti
kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah
secara tiba-tiba.
“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu
sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada
golongan bermasalah.
“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama
yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi
perkara yang dilarang agama,” katanya.
Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka.
Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli
keluarga.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak
mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu
bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,”
katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu.
loading...
0 Response to "[Kisah Benar] Gadis Ini TERLANJUR Di Ruang Tamu Pada MALAM RAYA"
Post a Comment