JANDA kondem anak Mami kini ja REBUTAN!!

loading...
Kuala Lumpur: "Ramai yang hubungi saya menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook (FB) Messenger minta jadi teman lelaki dan katanya ikhlas menerima saya."
Demikian kata Nurul Adeline Daud, 29, wanita yang videonya memperkatakan mengenai isu wang hantaran perkahwinan RM20,000 tular di FB sehingga ditonton lebih 1.4 juta kali dan dikongsi lebih 34,000 kali.
Dia yang lebih mesra di panggil Nurul berkata, dalam masa sehari, video itu ditonton lebih sejuta kali dan tidak menyangka menerima pendedahan yang sangat meluas.
"Saya sekadar suka-suka sebab sebelum itu tular mengenai perkara ini oleh gadis bernama Farah Elmo di FB. Jadi saya hanya ikhlas berkongsi pengalaman saya.
"Tiada guna hantaran yang mahal-mahal seperti saya, RM13,188 mengikut hari lahir saya dan kesudahannya, saya bergelar janda ketika ini dan ditinggalkan sehelai sepinggang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Video berdurasi lebih 4 minit itu menarik perhatian ramai selepas Nurul menggunakan loghat Kelantan dan jujur berkongsikan mengenai kisah hidupnya yang diceraikan pada tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
"Setiap jam saya terima panggilan, mesej tu beratus-ratus masuk sehingga saya tak mampu membalasnya dengan segera.
"Saya boleh katakan 95 peratus komen pada video itu juga cukup positif sehingga ramai juga wanita di luar sana yang bertanyakan kepada saya tips untuk bangkit daripada kegagalan," kata anak pertama dari lima beradik ini yang berasal dari Kelantan.
Dia yang juga berniaga secara dalam talian sehingga kini sering di tegur orang ramai ketika berada di luar.
"Memang pergi pejabat pos tu ramai yang tegur, eh ini ke kakak yang viral (tular) tu, yang cakap pasal hantaran.
"Pergi mana-mana pun ramai yang tengok telefon bimbit dan kemudian tengok saya," katanya yang mengakui tidak terdetik dihatinya untuk memuat naik video itu semata-mata untuk melariskan perniagaannya.
Nurul turut menjawab mengenai ciri-ciri lelaki idamannya sekiranya satu hari nanti dia bertemu jodoh buat kali kedua.
"Pengalaman lepas banyak mengajar saya. Saya cuma mahukan lelaki yang bertanggungjawab, ikhlas dengan saya, boleh didik dan bimbing saya sebagai isteri serta hormat orang tua," katanya.
Populariti segera yang diraih ketika ini juga katanya tidak membuatkan diri tertekan, malah menjadikannya sesuatu yang positif supaya lebih fokus kepada perniagaan yang dijalankan sejak Julai tahun lalu.
loading...

0 Response to "JANDA kondem anak Mami kini ja REBUTAN!!"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close