loading...
(PANAS!) Adi Putra Sahkan Sudah Tidak Bersama Dengan Kedua-dua Isterinya.
Selepas isu tentang penceraian beliau bersama isteri pertama Aida Yusof
menjadi perhatian sejak daripada minggu lepas lagi, kini pelakon Adi
Putra menerusi akaun Instagramnya telah mengumumkan sesuatu yang agak
megejutkan kami dan peminatnya.
Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh Adi, beliau memberitahu sudah
tidak bersama bukan sahaja bersama Aida tetapi isteri keduanya,
Norshahida. Adi bagaimanapun enggan mengulas lagi sebarang pertanyaan
pihak media dan berharap tiada juga pihak yang mengganggu Aida serta
Norshahida.
Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka
tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan
untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia
lima tahun. Adi kemudian berkahwin dengan, Norshahida Dzolkifly yang
merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016.
loading...
0 Response to "[PANAZZZ!!] Ini Sebabnya ADI PUTRA CERAIKAN 2 Isterinya SEKALIGUS"
Post a Comment