loading...
Tan Sri Anuar Musa Umum Tarik Diri Tanding Jawatan Presiden FAM, TMJ Menang Tanpa Bertanding
Calon presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi di lobi Parlimen telah mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada merebut kerusi panas itu.
Keputusan beliau itu sekali gus membolehkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding.
Menurut Annuar, tindakan beliau menarik diri bukan kerana desakan mana-mana pihak supaya beliau berbuat demikian, sebaliknya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap sukan bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.
"Saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.
"Komitmen ditunjuk TMJ boleh jadi aset penting FAM.
"Sokongan perkenan duli Sultan Johor juga penghormatan pada bola sepak Malaysia," katanya.
Berikut adalah kenyaataan penuh beliau melalui laman Facebook miliknya.
PEMILIHAN PRESIDEN FAM BAGI SESSI 2017/2021.
1. Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan bertanding bersama seorang lagi calun yaitu DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR(TMJ),dalam Kongres FAM Sabtu ini.
2. Saya telah menegaskan bahawa walaupun ada pertandingan,saya mengharapkan suasana ke arah pertandingan yang tenang,harmoni,saling menghormati dan dengan penuh semangat kesukanan.
3.Saya juga mengharapkan tiada lobi berlebihan,ada tempoh bertenang dan tiada kempen atau rasuah dalam apa jua bentuk.Keharmonian keluarga besar bolasepak Msia mesti sentiasa di utamakan.Saya juga menolak sebarang bentuk PROXY
4. Alhamdulillah,setakat ini suasana itu sedikit sebanyak telah ujud walaupun terdapat peristiwa tertentu berbaur fitnah dan lobi.Sikap diam dan kadang kala mengalah saya mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini.
5. Muttakhir ini kedengaran juga tuduhan bahawa SAYA AKAN MENANG KERANA YB KHAIRY JAMALUDDIN mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja TIDAK BENAR tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan.Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan
6. Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan ADALAH PENTING FAM UTK MEMPUNYAI BARISAN EXCO YG BERWIBAWA SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DGN KERAJAAN DAN SEMUA STAKE HOLDERS YG LAIN.BARISAN PENGURUSAN YG BAKAL DI PILIH MESTI MEMULAKAN TUGAS DGN MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK.
7. Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang"from bad to worse"
8. Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara SAYA MEMBUAT KETETAPAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CALUN YG SATU LAGI YAITU DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR AGAR BAGINDA DI BERI "KEMENANGAN TANPA BERTANDING"dan di istihar sebagai PRESIDEN FAM YG BARU.
9. Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda
Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang TANPA BERTANDING.Hari ini saya tunaikan janji itu.
10. Saya berdoa PERUBAHAN YANG SEKIAN LAMA DI NANTI DAN DI JANJIKAN akhirnya menjadi realiti
11. Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.
12. Selain itu tugas utama saya adalah utk menyempurnakan amanah RAKYAT KAWASAN SAYA(PARLIMEN KETEREH,KELANTAN)serta memikul amanah Parti SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO MSIA dalam persiapan menghadapi PRU14,Insyaallah
13. Kepada semua perwakilan KE KONGRES FAM sabtu ini serta Presiden gabungan FAM yg memberi SOKONGAN YG KUAT kepada saya hingga saat ini,SAYA UCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASEH
14. Saya pohon maaf kerana keputusan ini TIDAK SAYA BINCANG DGN SESIAPAPUN kerana saya tidak mahu di pengaruhi oleh sesiapa TERUTAMA MEREKA YG BERSUNGGUH SUNGGUH MAHU SAYA BERTANDING,tetapi sebaliknya biar ia merupakan KEPUTUSAN SAYA SENDIRI YG SAYA LAKUKAN SECARA JUJUR DAN IKHLAS DAN SETELAH BERISTIKHARAH DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN FAM DAN BOLASEPAK MSIA.
15.Kepada saf DYTM PRESIDEN DAN EXCO FAM yg baru Saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS....
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
"MAJULAH SUKAN UTK NEGARA"
TAN SRI ANNUAR MUSA
Khamis 23/3/2017
Parlimen Malaysia
loading...
0 Response to "GEMPAR! Tan Sri Anuar Musa Umum Tarik Diri Tanding JAWATAN Presiden FAM, TMJ menang tanpa bertanding"
Post a Comment