[VIDEO]Ayah Nyanyikan Lagu untuk Anaknya yg Sedang Nazak dan Ibunya sudah meninggal menjadi Viral di dalam laman Sosial

loading...


Sebuah rakaman video penuh hiba yang menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadiviraldi media sosial.

Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.

Chris Picco menyanyikan lagu “Blackbird” sambil memetik gitar di sebelah inkubator yang menempatkan anaknya di wad bersalin.

Bayinya yang dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan Caesarean minggu lalu.Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yang sama nyawa isterinya gagal diselamatkan.




Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ribu tontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.


Pada laman web yang ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yang disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanya bertahan beberapa hari selepas itu.”Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini, Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel.


loading...

0 Response to "[VIDEO]Ayah Nyanyikan Lagu untuk Anaknya yg Sedang Nazak dan Ibunya sudah meninggal menjadi Viral di dalam laman Sosial"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close