loading...
Takut SPRM Dedah Identitinya di Media Sosial, Akhirnya Lelaki 54 Tahun Serah Diri Kes Cuba Rasuah Sultan Ibrahim
PUTRAJAYA 30 Mac - Individu lelaki yang didakwa cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah menyerah diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
"Siasatan masih dijalankan, sama ada suspek akan ditahan reman atau sebaliknya diputuskan esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Azam dalam satu sidang akhbar berlainan pagi tadi di sini telah meminta supaya suspek tersebut menyerah diri sebelum pukul 12 malam ini atau identitinya didedahkan dalam media.
Dalam pada itu, difahamkan suspek tersebut yang berumur 54 tahun tiba berseorangan antara pukul 1 hingga 2 petang.-UTUSAN ONLINE.
loading...
0 Response to "Takut SPRM Dedah Identitinya di Media Sosial, Akhirnya Lelaki 54 Tahun Serah Diri Kes Cuba Rasuah Sultan Ibrahim"
Post a Comment