loading...
Penduduk Balangan Kalimantan selatan telah di gemparkan apabila hantu kunyang atau lebih di kenali dengan panggilan “penanggal” telah di katakan berkeliaran menggangu orang awam.
Kejadian tersebut pada awalnya terjadi di desa tebing tinggi bontang dan kemudiannya berpindah ke kampung Balangan.
Pada Khamis yang lepas seorang wanita yang tinggal di Bontang bernama Syarifah mendakwa anak keduanya Keyla yang baru berusia 2 bulan maut akibat darah di hisap oleh hantu penanggal.
Menurut pengakuan Syarifah pada pukul 1.00 pagi ketika kejadian itu bayinya menangis sehingga dia terbangun dan menyusukannya, setelah tertidur dia pun meletakkan Keyla semula.
Tiga jam berikutnya sekitar pukul 4.00 pagi dia terbangun dan mendapati badan bayinya dalam keadaan mengiring serta selepas dilihat terdapat percikan darah di kening bayi.
“Pada awalnya saya dan suami menyangka bayi di gigit nyamuk, tapi selepas saya teliti muka anak saya agak pelik kerana dia kelihatan pucat, bibirnya berubah warna biru, setelah di angkat hidung dan mulutnya mengeluarkan darah bercampur air susu, katanya.
Hal tersebut membuatkan Syarifah dan suaminya Muhammad Arief terkejut dan cuba mengejarkan anaknya ke hospital, namun pihak doktor berkata bahawa anaknya itu mati akibat terjatuh dan pembuluh darahnya pecah.
Bagaimanapun Syarifah dan suaminya, Muhammad Arief menafikan hal tersebut kerana mereka tidur dibawah beralaskan tilam, ”macam mana anak saya boleh jatuh kami tidur dibawah” katanya.
Lebih mengejutkan, Syarifah berkata bahawa jenazah Keyla dilihat membiru dan lembek dari bahagian punggung ke tulang belakang.
Antara barangan yang dijumpai berhampiran tanah perkuburan Kampung Balangan
Sementara di kampung Balangan (sebelah bontang) Ketua kampung Jamnah Senin mengesahkan bahawa terdapat manusia yang menjadi penanggal itu dan sudah pun memasuki dua buah rumah penduduk di kampung balangan.
Salah seorangnya berjaya merakam kelibat hantu penanggal berkenaan dan di muat naik ke laman media sosial.
Katanya hantu berkenaan menyerupai wanita kelihatan berpusing-pusing di pokok tepi pantai rumahnya pada waktu senja.
Bagi menanggani masalah keresahan penduduk sekitar, pihak polis Balangan Kapolsek Awayan Iptu Agus Sulistiyo mengarahkan agar pasukannya untuk berjaga di kampung berkenaan dan mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh agama untuk mencari jalan penyelesaian.
loading...
0 Response to "Bayi 2 Bulan Maut Dipercayai Dimakan Hantu Penanggal"
Post a Comment