loading...
“KAU DAH SAPU BERPULUH BILLION, KAU NAK TUNJUK SUCI" Yang Kau Up Status Ni Kenapa? Kan Dah Masuk Ke Dalam..
“KAU DAH SAPU BERPULUH BILLION, KAU NAK TUNJUK SUCI" Yang Kau Up Status Ni Kenapa? Kan Dah Masuk Ke Dalam..
Status berkenaan yang dimuatnaik pada 22 Mac 2017 jam 10.47 malam berkenaan dikatakan merujuk kepada tindakan Sultan Ibrahim ‘menghadiahkan’ rakyat negeri baginda dengan Projek Rumah Impian Sultan Ibrahim yang merupakan perumahan mampu milik dengan harga yang amat rendah kepada rakyat.
Pemilik akaun facebook bernama Fharid Bin Ismail itu menulis
“Kau dah sapu projek berpuluh bilion, kemudian kau nak tunjuk suci buat rumah untuk Rakyat & sesuka hati nak halau orang?”
poster yang tular di media sosial |
Manakala perkataan “sesuka hati nak halau orang?” itu pula kata netizen adalah merujuk kepada ketegasan Sultan Ibrahim yang enggan membenarkan pemimpin parti politik untuk masuk ke Johor dengan tujuan menghasut dan menyebarkan cerita karut kepada rakyat.
Pemimpin politik yang dimaksudkan Sultan Ibrahim itu pula dipercayai idola kepada pemilik akaun facebook Fharid Bin Ismail iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ.” titah baginda seperti dilaporkan portal Tv14 semalam.
Kenyataan di dalam akaun facebook Fharid Bin Ismail itu bagaimana pun mengundang rasa tidak puas hati netizen sehingga beberapa jam selepas itu sebuah portal berikut mula tular di media sosial ;
Hasil pemerhatian portal Tv14 di media sosial kebanyakan netizen meminta agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan wajar terhadap pemilik akaun facebook berkenaan kerana dianggap telah menghina Sultan Johor secara keterlaluan di media sosial.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pemerhatian portal Tv14 terhadap akaun facebook berkenaan mendapati pemiliknya masih belum menarik balik atau memohon maaf terhadap apa yang ditulisnya itu.
Malahan, turut dapat dikesan di laman facebook yang sama celaan ini dilontarkan ;
Bukan itu sahaja, pemilik akaun facebook tersebut juga membalas balik kritikan netizen dengan memuatnaik status ini pada 23 Mac 2017 jam 12.28 tengah hari ;
Akaun facebook tersebut acapkali dikesan memuatnaik status yang menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Umno/Barisan Nasional (BN) serta memuji dan memuja bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai idolanya.
Difahamkan dari komen-komen netizen di facebook, pemilik akaun berkenaan sebenarnya merupakan penyokong tegar Dr Mahathir dan PPBM yang seringkali menulis status yang tidak benar dan bersifat celaan melampau.
SUDAH BERJAYA DITAHAN POLIS
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki itu ditahan kira-kira 6.30 petang tadi di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah.
"Polis Johor menerima satu laporan hari ini berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook terhadap Sultan Johor.
"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan tersebut," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata tindakan pantas polis Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kemudian berjaya menahan lelaki terbabit petang tadi.
Beliau berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori serta seunit pemacu kilat daripada lelaki berkenaan.
Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis
loading...
Hahahhhh...kesian..berani sangat hina sultan...lepastu nak tarik balik...terlajak peragu boleh diundur..terlajak kata badan binasa..nasib lah kau..
ReplyDeleteHahahhhh...kesian..berani sangat hina sultan...lepastu nak tarik balik...terlajak peragu boleh diundur..terlajak kata badan binasa..nasib lah kau..
ReplyDelete